Teknologi Inovatif Pacu Sektor Pertanian China

2024-03-20 08:00:00  CRI
Share with:

Dalam konteks pembangunan ekonomi digital China yang pesat, kecerdasan jentera pertanian telah mencapai lonjakan dari segi kualitatif dan kuantitatif dengan mengoptimumkan perkembangan sains dan teknologi inovatif yang berterusan. 


Pengaplikasian dan penerapan peralatan dan sistem pertanian pintar bukan hanya dapat menjimatkan penggunaan racun perosak, malah membantu meningkatkan keefisienan  pertanian dari segenap aspek. 


Semakin ramai pemuda kembali ke kampung halaman untuk mencari peluang pekerjaan mahir menguasai penggunaan pelbagai jenis alat pertanian pintar dan telah mendapat limpahan manfaat daripada keusahawanan. 


Petani muda yang mahir menggunakan media sosial dan platform e-dagang sedang menyuntik tenaga segar ke dalam pemulihan di kawasan luar bandar dan pembangunan sektor pertanian.