Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Indonesia

2024-03-21 11:49:19  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto yang dipilih sebagai Presiden baharu Indonesia pada Rabu.


Xi berkata China dan Indonesia, dua negara yang berjiran tetangga mempunyai ikatan persahabatan yang terjalin sejak sekian lama.


Berkat usaha gigih kedua-dua pihak, hubungan dua hala menyaksikan perkembangan pesat dengan rasa saling percaya dipupuk dalam bidang politik semakin diperkukuh, penyelarasan strategi pembangunan semakin diperdalam serta kerjasama saling untung menampakkan hasil memberangsangkan, kata beliau.

 

Xi turut menyatakan hasrat ingin bekerjasama dengan Presiden Prabowo untuk memimpin pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara ke arah mencapai kejayaan yang lebih besar.

 

Kedua-dua negara bertekad untuk memberi contoh yang baik kepada dunia bagaimana negara membangun berkongsi nasib, bersatu padu dan berkoordinasi serta mewujudkan pembangunan bersama demi kesejahteraan rakyat, kemakmuran dan kestabilan serantau dan global, tambah beliau.