Halau Kambing Ganti Padang Rumput, Fenomena yang Mengujakan
Tibalah masa untuk menghalau jutaan haiwan ternakan berpindah dari zon rumput musim sejuk ke zon rumput musim bunga di padang rumput Bayanbulak kaunti Hejing di wilayah autonomi Xinjiang pada awal musim bunga sekarang ini.
Antaranya, sebanyak 530 ribu ekor haiwan ternakan dihalau melalui cara tradisional ketika berpindah ke zon rumput yang baharu. Dalam perjalanan sejauh hampir seratus kilometer, para penggembala perlu melalui gunung bersalji bahkan perlu merentasi celah gunung Moxigan yang beraltitud lebih 3,400 meter.
Bagaimana kumpulan kambing yang berjumlah besar ini merentasi celah gunung yang begitu tinggi? Bagaimana kumpulan kambing memilih "kepala" mereka? Sila menonton klip video arahan CMG yang disiarkan berikutnya.