Wang Yi Bertemu PM Australia

2024-03-21 13:21:58  CRI
Share with:

Memandangkan hubungan China-Australia kembali ke landasan betul, dua negara seharusnya bergerak seiringan ke arah melakar prospek lebih cerah untuk ikatan bilateral.


Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese di Canberra pada Rabu.


Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 perkongsian strategik komprehensif China-Australia.

Wang berkata China sudi bersinergi dengan Australia untuk memantapkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, memulihkan mekanisme dialog sesama negara dan memperkasa kerjasama saling untung dalam pelbagai bidang.


China juga bersedia bersama negara itu mengawal perselisihan berdasarkan prinsip saling hormat dan membina perkongsian strategik komprehensif yang lebih matang, stabil dan berhasil.


Sementara itu, Albanese berkata Australia gembira melihat aktiviti perdagangan, pelaburan dan pertukaran sesama rakyat bertambah rancak, dan kemajuan signifikan dalam hubungan dua hala berjaya dicapai.


Tambah beliau, hubungan Australia-China tidak boleh ditakrifkan dengan perbezaan dan percanggahan pendapat, sebaliknya dua negara harus mencari kepentingan bersama sebanyak mungkin.