China Sanggah Tindakan Filipina Cabul Kedaulatan

2024-03-22 15:09:21  CRI
Share with:

China menyuarakan bantahan keras terhadap tindakan Filipina mencabul kedaulatan wilayah China, susulan  34 individu dari negara itu didapati mendarat secara haram di Terumbu Tiexian pada Khamis.


Jurucakap Pengawal Pantai China (CCG) Gan Yu berkata, individu berkenaan mengabaikan amaran pihak China dan mendarat di terumbu itu untuk melakukan kegiatan haram.


Penguatkuasa undang-undang CCG turut dikerah ke lokasi untuk menyiasat dan mengurus situasi di sisi undang-undang.


Beliau menegaskan, China memiliki hak kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan ke atas Kepulauan Nansha termasuk Terumbu Tiexian serta perairan sekitarnya. 


Kelakuan Filipina melanggar Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC), dan menjejaskan keamanan dan kestabilan perairan berkenaan. 


Pihak Filipina digesa menghentikan perbuatan seumpama serta-merta, kata beliau sambil menambah bahawa CCG akan meneruskan operasi penguatkuasaan undang-undang di perairan yang berada di bawah bidang kuasa China.