Forum di Beijing Perjelas Erti Amal Demokrasi

2024-03-23 14:30:18  CRI
Share with:


Forum Antarabangsa 'Demokrasi: Nilai Kemanusiaan Dikongsi Bersama' edisi ketiga berlangsung di Beijing baru-baru ini, dihadiri lebih 200 orang peserta dari pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa.


Para hadirin sependapat bahawa tujuan mengamalkan demokrasi adalah untuk menjamin dan menambah baik kesejahteraan manusia dan hak rakyat semua negara untuk menentukan jalan pembangunan sendiri perlu dihormati.


Mereka turut menentang sebarang amalan yang mencetuskan perpecahan, menyebarkan prejudis dan merosakkan keamanan atas nama 'demokrasi'.


Sebaliknya, ‘sidang kemuncak demokrasi’ yang dianjurkan di Republik Korea atas tajaan Amerika Syarikat (AS) kurang menarik perhatian khalayak ramai. Ia turut menggambarkan demokrasi ala AS sudah kehilangan kepercayaan daripada masyarakat antarabangsa.


Di mata setetangah pihak di Barat, demokrasi adalah ‘paten’ mereka dan demokrasi Barat patut dicontohi pelbagai negara dunia.


Bagaimanapun fakta sebenar adalah negara-negara yang mencontohi atau menerima sistem demokrasi Barat secara paksa selalu bergelut dengan pergolakan politik dan menghadapi kesulitan pembangunan.


Di samping itu, pilihan raya di sesetengah negara Barat menjadi permainan politikus, sehingga menjadikan dasar pentadbiran mereka makin terpesong daripada kepentingan rakyat.


Sehubungan dengan itu, ramai yang mula memikirkan mengenai tujuan sebenar mengembangkan domokrasi.

Mutakhir ini, Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) melancarkan satu tinjauan pendapat umum membabitkan hampir 40 ribu responden dari 32 buah negara. Hasil tinjauan mendapati 40.7 peratus responden menganggap penjaminan hak untuk hidup adalah makna paling penting dalam pembangunan demokrasi, disusuli kesamarataan antara setiap individu (29.3 peratus) dan pembangunan ekonomi (29 peratus).


Mengenai sistem pilihan raya ‘satu orang satu undi’ dan ‘sekat dan imbangan kuasa’ yang disyorkan AS, masing-masing hanya 12.4 peratus dan 10 peratus sahaja memandang dua aspek itu penting dalam pembangunan demokrasi.


Ramai peserta forum itu memberi penghargaan terhadap demokrasi rakyat seluruh proses China dan menganggapnya sebagai model demokrasi yang mewakili kepentingan asas rakyat.