Ambil Peluang Lawatan Adeang, Terus Mantap Hubungan China-Nauru: MFA

2024-03-23 15:12:59  CRI
Share with:

Presiden Republik Nauru David Adeang akan melakukan lawatan rasmi ke China pada 24 hingga 29 Mac.


Jurucakap Kementerian Luar (MFA) Lin Jian berkata ini merupakan lawatan pertama Presiden Nauru ke China selepas kedua-dua negara memulihkan ikatan diplomatik pada Januari 2024.


China bersedia bersama Nauru mengambil peluang ini untuk mengukuhkan kesalingpercayaan politik, memperluas kerjasama dan pertukaran dalam pelbagai bidang, memperdalam persahabatan sesama rakyat sekali gus menggerakkan hubungan kedua-dua negara terus berkembang mantap.