AS Patut Jawab Kesangsian Berhubung Boeing

2024-03-24 13:43:26  CRI
Share with:


Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat (AS), Pete Buttigieg dan Pengarah Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Mike Whitaker mengakui wujudnya masalah kawalan kualiti di syarikat Boeing baru-baru ini. 


Namun, kedua-dua mereka tidak memberi respons terhadap isu yang menjadi perhatian ramai termasuk langkah penyelesaian serta tanggungjawab yang perlu dipikul kerajaan.


Pada 9 Mac waktu tempatan, staf syarikat Boeing John Barnett yang sudah bersara didapati maut dalam sebuah lori dan dikenal pasti oleh pihak polis sebagai ‘bunuh diri dengan senjata api’.


John pernah berkhidmat di syarikat Boeing selama lebih 30 tahun dan menyandang jawatan pengurus kawalan kualiti dalam jangka panjang.


Beliau bergelar ‘tukang adu’ kerana banyak kali mendedahkan masalah syarikat Boeing termasuk dalam pembuatan pesawat penumpang.


"Jika ada apa-apa berlaku pada saya, pastinya saya bukan membunuh diri," perbualan antara John dengan kawannya yang didedahkan media AS menjadikan kejadian itu lebih misteri.


Syarikat Boeing mengalami rentetan masalah keselamatan sejak awal tahun ini. Menurut statistik Fox News, enam insiden melibatkan pesawat Boeing telah berlaku hanya dalam dua bulan pertama tahun ini.

Menurut penganalisis, kecelaruan dalam proses pengeluaran syarikat Boeing sudah wujud sejak sekian lama. 


Faktor utama yang menyebabkan masalah berkenaan termasuk syarikat itu lebih mementingkan nilai saham tetapi mengabaikan kualiti, sering menggantikan barisan pimpinan dan kekurangan mekanisme kebertanggungjawaban.


Ketidakcekapan kerajaan AS dalam menjalankan kawal selia antara punca yang mengakibatkan masalah penerbangan pesawat Boeing.


Demi menjimatkan kos, FAA memindahkan kerja pengesahan keselamatan sebahagian jenis pesawat kepada syarikat pengeluar pesawat seperti Boeing melalui penyumberan luar. Ia bagaikan memberi kuasa pengadil kepada atlet.


Masalah syarikat Boeing yang timbul akibat tadbir urus kurang cekap, mencerminkan kemerosotan sektor pembuatan AS pada keseluruhannya.


Keselamatan penerbangan berkait rapat dengan keselamatan khalayak ramai. Justeru, pihak terbabit di AS tidak boleh menolak tanggungjawab dan wajar memberi jawapan yang munasabah kepada dunia.