Mesir, PBB Seru Elakkan Konflik dari Diperluas di Gaza

2024-03-25 14:15:17  cri
Share with:

Konflik di Genting Gaza patut dielakkan dari terus diperluas.

Demikian dinyatakan bersama oleh Presiden Mesir, Abdel Fattah al Sisi dan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam pertemuan di Kaherah semalam.


Menurut satu kenyataan diumumkan jabatan Presiden Mesir, pihaknya dan PBB secara kata sepakat menentang sebarang niat memaksakan rakyat Palestin meningggalkan kampung halaman mereka, dan memberi amaran jangan melakukan sebarang tindakan ketenteraan di bandar Rafah di selatan Gaza supaya dapat mengelakkan malapetaka daripada berlaku akibat situasi yang sudah meruncing.


Kedua-dua pihak juga menegaskan perlu menyediakan syarat kondusif bagi pelaksanaan "Penyelesaian Dua Negara" kerana ia merupakan satu-satunya pendekatan untuk merealisasikan keadilan, keselamatan dan kestabilan di kawasan tersebut.


Dalam perkembangan lain, Antonio Guterres yang berada dalam jadual lawatan di Kaherah pula mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Mesir Sameh Hassan Shoukry tentang penghantaran barang bantuan kemanusiaan ke kawasan Gaza.


Dalam sidang akhbar selepas perbincangan itu, Guterres mendesak Israel agar membersihkan halangan bagi memudahkan pelaksanaan tindakan penyelamatan, dan membuka lagi pintu sempadan yang menuju ke kawasan Gaza. Sementara itu, beliau sekali lagi menyeru gencatan senjatan dilaksanakan demi kemanusiaan.