Ruang Pembangunan untuk Sektor Korporat Luas di China

2024-03-25 11:43:02  cri
Share with:

Memandangkan pertumbuhan ekonomi dunia belum pulih ke taraf sebelum tercetusnya wabak COVID-19, dan masih kekurangan momentum yang kuat untuk mendorong pembangunan, China memilih memupuk dan mengembangkan kuasa produktif kualiti baharu yang dijangka akan mencetuskan lebih banyak momentum terhadap pemulihan dan pertumbuhan ekonomi dunia di samping menawarkan peluang perniagaan yang tidak terkira kepada konglomerat transnasional.


Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan (NDRC) China, Zheng Shanjie dalam sidang tahunan 2024 Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China yang membuka tirai pada pagi semalam.


"Mendorong pembinaan sistem perindustrian moden dan mengembangkan kuasa produktif kualiti baharu" tersenarai sebagai yang pertama antara 10 tugasan kerja utama yang dijadualkan kerajaan China bagi 2024.

Mengenai gerak kerja yang terperinci dalam mengembangkan kuasa produktif kualiti baharu pada tahun ini, Zheng menunjukkan bahawa pihaknya akan menumpukan kepada tiga aspek.


Pertama, mendorong inovasi perindustrian yang diterajui kemajuan sains dan teknologi yang inovatif melalui pembinaan keupayaan, pengubahsuaian dan penaiktarafan terhadap industri tradisional, pemupukan industri baharu dan pembentukan perindustrian masa depan. 


Kedua, mendorong inovasi dari segi institusi dan mekanisme. 


Ketiga, meningkatkan tahap keterbukaan, mengeratkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di arena antarabangsa, merancakkan pertukaran keanggotaan, pelaburan dan kerjasama ekonomi serta perdagangan, dan terus mendorong perdagangan perkhidmatan rentas sempadan.