Kami Berdua Berminat Sukan

2024-03-25 10:59:38  CRI
Share with:


Putera Monaco Putera Albert II ialah sahabat lama Presiden China Xi Jinping. Kedua-dua pemimpin negara itu sudah banyak kali bertemu.


Presiden Xi membuat lawatan ke Monaco pada 24 Mac 2019, menjadikan beliau pemimpin tertinggi China yang pertama melakukan lawat rasmi ke negara Eropah itu. 


“(Lawatan Presiden Xi) ini adalah kegembiraan besar buat saya. China negara besar, dan ini lawatan sulung pemimpin dari negara kuat itu ke Monaco,” kata Putera Albert II.

Presiden Xi dan Putera Albert II mempunyai banyak perhatian bersama.


Kedua-dua pemimpin negara itu menghadiri majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi, Sukan Olimpik Belia Nanjing, dan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.


“Saya rasa Presiden Xi benar-benar memahami kepentingan sukan, kerana beliau bukan sahaja menyokong Beijing untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, malah juga berharap semua rakyat China boleh mengambil bahagian dalam senaman fizikal,” kata Putera Monaco itu.


Presiden Xi Jinping kerapa kali menegaskan bahawa pemodenan ala China ialah pemodenan di mana manusia dan alam wujud bersama secara harmoni.


Dalam tempoh lebih 10 tahun yang lalu, China secara aktif melaksanakan projek perlindungan biodiversiti, sementara sejumlah besar spesies haiwan dan tumbuhan terancam mendapat perlindungan yang berkesan.


Pada September 2018, Presiden Xi Jinping menerima kunjungan Putera Albert II di Beijing.


“Saya memutuskan untuk menubuhkan zon perlindungan Harimau Siberia, zon perlindungan Sanctuary Leopard Siberia, dan zon perlindungan harimau salji,” kata Xi.


Kenyataan Xi itu meninggalkan kesan mendalam kepada Putera Albert II yang juga amat mementingkan perlindungan haiwan.


“Apa yang paling menyentuh hati saya adalah keazaman dan iltizam Presiden Xi dan kerajaan China untuk menambah baik alam sekitar.


"Saya sangat memahami komuniti berkongsi nasib sesama insan. Menaruh perhatian terhadap masa depan umat manusia adalah anjuran yang amat bijak,” ujar Putera Albert II.