Industri Budaya dan Pelancongan Xizang Berkembang Baik

2024-03-25 14:36:58  CRI
Share with:

Wilayah Xizang di barat daya China mempunyai pemandangan alam semula jadi yang mempesona, sejarah lama, dan budaya yang istimewa. Selain itu, wilayah itu juga kaya dengan sumber pelancongan yang turut menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara. 


Industri budaya dan pelancongan yang berkembang pesat di Xizang kini telah menjadi tonggak bagi menjana pendapatan penduduk dan mendorong pembangunan di wilayah autonomi itu.


Di kampung Gala, bandar Nyingchi, beribu-ribu batang pokok pic berbunga pada Mac dan April setiap tahun, menambah keindahan kampung kecil tersebut. Oleh itu, kampung Gala turut dipanggil sebagai "kampung bunga pic". 


Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kampung Gala giat mengembangkan sektor pelancongan termasuk kunjungan ke desa, petik buah di kebun, inap desa dan lain-lain. Jumlah pendapatan di kampung itu melebihi RMB13 juta (RM8.1 juta) setahun.


Menurut maklumat Jabatan Budaya dan Pelancongan Wilayah Autonomi Xizang, kawasan luar bandar wilayah itu telah menerima 730,000 pelancong pada dua bulan pertama tahun ini. Jumlah pendapatan dalam sektor berkaitan mencatat kira-kira RMB115 juta (RM71 juta), bersamaan menambah pendapatan sebanyak RMB3,400 (RM2,125) kepada setiap petani dan penternak tempatan.