Tenaga Bersih Asas Perkembangan AI

2024-03-25 15:33:55  CRI
Share with:

Penggunaan AI bagi mengeluarkan teks, gambar, video dan lain-lain lagi kini menjadi semakin popular. Ini terbukti ramai orang gemar menggunakan ChatGPT, Gemini dan pelbagai alat AI lain supaya mengikut peredaran zaman. Tapi tahukah anda, untuk menjawab 25 hingga 50 soalan dari pengguna, ChatGPT perlu “minum” 500ml air bagi menyejukkan diri. Berdasarkan laporan Google, penggunaan air di syarikat tersebut meningkat 20% pada tahun 2023, dengan kebanyakannya digunakan untuk menyejukkan pusat data.

 

Sempena Hari Air Antarabangsa pada 22 Mac, permasalahan ini telah menarik perhatian ramai. Seiring dengan pertambahan bilangan pusat data yang dibina pelbagai syarikat berteknologi tinggi bertujuan untuk melatih model data raya, penggunaan air bagi tujuan AI juga akan semakin meningkat.

 

Untuk pengetahuan, selain sumber air, penggunaan tenaga elektrik yang lebih banyak juga diperlukan dalam penaiktarafan AI. Majalah THE NEW YORKER ada menulis bahawa penggunaan tenaga elektrik selama sehari bagi pengoperasian ChatGPT adalah melebihi 500,000 kilowatt, jumlah itu hampir sama dengan penggunaan elektrik bagi lebih 17,000 keluarga.

 

Berdasarkan jangkaan Uptime Institute, penggunaan tenaga elektrik bagi pengoperasian AI akan meliputi 10% daripada penggunaan tenaga eletrik di seluruh dunia menjelang 2025. Malah penggunaan elektrik bagi syarikat Google sahaja dikatakan sama jumlahnya dengan Ireland.

 

CEO NVIDIA, Jensen Huang berkata, sebanyak 14 planet, 3 galaksi dan 4 solar diperlukan untuk menghasilkan tenaga kepada GPU AI pada masa depan. Manakala, menurut CEO OpenAI, Sam Altman, tenaga nuklear dan solar adalah sangat penting bagi perkembangan AI.

 

Tidak dinafikan bahawa perkembangan teknologi akan memberi cabaran baharu dalam usaha untuk menjimatkan tenaga, mengurangkan pelepasan karbon serta penggunaan sumber air global. Namun, penggunaan teknologi AI juga dilihat mampu untuk merealisasikan hasrat tersebut.

 

Misalnya, sistem lalu lintas yang dikawal oleh AI dalam satu bandar yang mempunyai populasi 10 juta penduduk, mampu mengurangkan 41.6 ribu tan pelepasan karbon dalam tempoh setahun.

 

Bukan itu sahaja, sumber tenaga bersih yang mesra alam seperti fotovolta juga boleh memainkan peranan lebih besar dalam menggalakkan perkembangan teknologi AI dan China mampu menyediakan bantuan dan kepakaran dalam bidang ini.

 

Berdasarkan Agensi Tenaga Antarabangsa, kapasiti jana kuasa tenaga bersih yang baharu di seluruh dunia pada tahun 2023 mencatat 510 gigawatt, dengan 420 gigawatt daripada jumlah itu adalah daripada fotovolta, dan jumlah fasiliti fotovolta yang dipasang di China merupakan separuh daripada jumlah keseluruhan di dunia. Fasiliti fotovolta di China menjana 96.6 gigawatt pada tahun lalu, mewakili 42% daripada jumlah di seluruh dunia. Loji jana kuasa fotovolta terbesar dunia, kini sedang dibina oleh syarikat China di kawasan padang pasir dekat Jeddah, Arab Saudi.

 

Namun yang mengecewakan adalah, perkembangan industri fotovolta China selalu dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.