Kapal Selam Fendouzhe Cipta Rekod Baharu Indonesia

2024-03-25 14:34:17  CRI
Share with:

Majlis meraikan kejayaan "Ekspedisi Saintifik Bersama Palung Laut Jawa China-Indonesia" diadakan di Pelabuhan Tanjung Prudentok, Jakarta, ibu negara Indonesia pada 22 Mac lalu.

Sebelum ini, Institut Sains Laut Dalam dan Kejuruteraan Akademi Sains China dan Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional Indonesia berjaya menyelesaikan ekspedisi saintifik bersama selama sebulan terhadap palung laut Jawa pada 23 Mac waktu tempatan. Dalam ekspedisi yang sudah berakhir itu, ahli penyelidik dari kedua-dua negara pernah berjaya memandu "Fendouzhe", kapal selam  buatan China yang bermanusia menyelam sedalam 7,178 meter, iaitu satu rekod baharu bagi Indonesia.


Turut hadir, Duta Besar China ke Indonesia, Lu Kang dan Menteri Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan.


Selepas meninjau kapal selam untuk kegunaan ekspedisi saintifik itu, kedua-dua mereka mengikuti sesi ramah mesra dengan saintis China.