Presiden China, Honduras Saling Utus Perutusan Tahniah Sempena Ulang Tahun Pertama Hubungan Diplomatik

2024-03-26 11:57:26  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Honduras Xiomara Castro saling mengutus perutusan tahniah sempena meraikan ulang tahun pertama hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada hari ini.  


Xi menyatakan, dalam tempoh setahun sejak terjalinnya hubungan diplomatik, kedua-dua pihak menegakkan prinsip saling menghormati, kesamarataan, saling menguntungkan dan pembangunan bersama untuk menggalakkan hubungan dua hala berkembang dari satu permulaan yang baik.


“Saya amat menghargai pendirian tegas pihak Honduras terhadap prinsip Satu China.


“Adalah terbukti bahawa penjalinan hubungan diplomatik antara China dan Honduras merupakan keputusan politik yang betul yang selaras dengan arus perkembangan sejarah dan sesuai dengan kepentingan asas kedua-dua negara dan rakyat kedua-dua pihak.


“Saya menumpu kepada perkembangan hubungan China-Honduras dan bersedia bekerjasama dengan Presiden Castro untuk mengambil peluang daripada ulang tahun pertama hubungan diplomatik kedua-dua negara untuk meningkatkan sokongan antara satu sama lain, memperkasa kerjasama dalam pelbagai bidang bagi meneroka masa depan yang lebih indah untuk hubungan bilateral,” tegas Xi.


Castro pula berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip Satu China dan bersedia untuk memperkukuh hubungan bilateral yang bermandiri dan saling menghormati dengan China.


“Saya berharap persahabatan antara rakyat kedua-dua negara kekal abadi,” kata beliau.