Penguatkuasa China Bertindak Wajar Kawal Perkapalan Filipina yang Mengamuk
Sepasukan Pengawal Pantai China (CCG) terpakasa bertindak balas terhadap beberapa kapal Filipina yang mengamuk di perairan Terumbu Ren'ai, dan tindakan penguatkuasa yang dikesan adil, legal, profesional dan bersabar itu, tidak boleh dipertikaikan. Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata demikian dalam sidang media pada Isnin.
Lin menyatakan bahawa Terumbu Ren’ai sebagai sebahagian kepulauan Nansha, adalah sebahagian wilayah China sejak sekian lama.
Pada 23 Mac lalu, Filipina berdalih menghantar barangan kehidupan harian kepada satu kapal perang negaranya yang sudah uzur yang sengaja 'bersarang' di pantai terbabit, menugaskan sebuah kapal pembekal dan dua kapal pengawal pantai menyerbu masuk perairan Terumbu Ren’ai, yang dilihat sekali lagi membelakangi janjinya. Hakikatnya, barangan yang dibawanya adalah bahan binaan yang akan digunakan untuk membina pos pengawal kekal wujud di terumbu milik China itu. Justeru, terdedahlah wajah Filipina yang sebenar, iaitu berulang kali membelakangi janjinya yang dibuat dengan China sama sekali tanpa mengambil kira fasal kelima Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC).
“China menggesa Filipina menghentikan segera semua tindakannya yang bersifat mencabul dan memprovokasi. Kalau pihak Filipina berdegil bertindak seumpama itu, China akan terus mengambil langkah-langkah yang tegas untuk memelihara kedaulatan wilayah dan hak maritim milik sendiri,” kata Lin.
Menurut laporan lain, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini telah menyampaikan ucapan negatif mengenai langkah yang dilaksanakan China terhadap Filipina tersebut. Sehubungan itu, Lin menyatakan bahawa perkataan pihak AS berkenaan membolak-balikkan fakta yang sebenar. Walaupun bukan pihak terlibat dalam isu Laut China Selatan (LCS), AS tetap sentiasa mencampuri dan mencetuskan masalah di rantau ini, dengan plotnya mahu mengacaukan situasi serantau.
Lin berkata, sebarang cubaan yang menggunakan keputusan illegal dalam apa yang disebut kes timbang tara mengenai LCS untuk menjejaskan kedaulatan dan keutuhan wilayah dan hak maritim China mustahil berhasil.
Lin berharap agar pelbagai pihak boleh menginsafi fakta yang sebenar, mengambil sikap objektif dan adil, dan menghormati hak dan kepentingan China serta usaha negara-negara serantau yang pernah menyumbang kepada kedamaian dan kestabilan di LCS.