Xi Ditemui Perdana Menteri Dominica

2024-03-26 11:34:06  cri
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah ditemui Perdana Menteri Dominica, Roosevelt Skerrit di Dewan Besar Rakyat di Beijing petang semalam.


Dalam pertemuan tersebut, Xi menekankan bahawa kunci bagi hubungan China-Dominica yang berkembang lancar adalah rasa saling percaya yang menebal dalam bidang politik, dan kedua-dua negara saling memahami dan menyokong dalam isu melibatkan kepentingan teras masing-masing. 


Menurut Xi, China menyokong rakyat Dominica terus menempuh jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan negara sendiri, bersedia merapatkan pertukaran persahabatan dengan negara itu dan meningkatkan interaksi dalam menimba pengalaman tentang pentadbiran negara. Selain itu, China mengalu-alukan Dominica mengambil peluang yang wujud dalam pembangunan modenisasi ala China untuk meneroka kerjasama kedua-dua negara dalam bidang ekonomi, perdagangan, pembinaan infrastruktur, pertanian dan kesihatan. 


Sementara itu, China bersedia terus menghulurkan bantuan kepada negara itu untuk memacu pembangunan sosioekonomi, memperluas interaksi sosiobudaya, dan menawarkan peluang biasiswa dan latihan kepada lebih ramai pelajar muda Dominica untuk mendalami pembelajaran dan pengajian di China. Pada masa yang sama, kedua-dua pihak akan membina Kolej Konfucius Universiti Kebangsaan Donimica dengan baik di samping membincangkan kerjasama latihan vokasional di negara itu.


Dalam pertemuan tersebut, Xi juga menegaskan bahawa China mengambil berat terhadap hubungan dengan negara-negara Caribbean, menyanjung tinggi terhadap peranan dimainkan Dominica dalam mendorong kerjasama China dengan rantau itu semasa menyandang negara pengerusi bergilir Komuniti Caribbean. China bersedia terus menyokong negara-negara rantau itu memperjuangkan matlamat pembangunan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.


Roosevelt Skerrit yang berada dalam jadual lawatan rasmi di China pula menyanjung tinggi dan menyampaikan rasa kagum terhadap konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan dan siri inisiatif global anjuran Presiden Xi. Beliau berkata, pihaknya konsisten mengamalkan prinsip Satu China, bersedia meningkatkan interaksi strategik dengan China, menyuburkan persahabatan sesama rakyat, mempergiat kerjasama komprehensif supaya dapat mencapai lonjakan yang lebih tinggi dalam perkembangan hubungan kedua-dua negara.