Isu Israel, Washington Kini Berbelah Bagi

2024-03-26 16:34:52  CRI
Share with:

Semalam, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akhirnya meluluskan resolusi yang mendesak gencatan senjata di Gaza bagi tempoh bulan Ramadan. Sebanyak 14 negara menyokong, bagaimanapun negara kuasa veto Amerika Syarikat(AS) mengundi untuk berkecuali bagi resolusi tersebut.

 

Ini merupakan resolusi pertama yang secara jelas menuntut gencatan senjata tanpa prasyarat sejak 7 Oktober tahun lalu.

 

Sehari sebelum keputusan ini dicapai, rang resolusi yang dikemukakan oleh AS telah ditolak oleh China, Rusia dan Algeria yang mewakil dunia Arab, ekoran terdapat prasyarat kepada gencatan senjata yang akan dilakukan di Gaza.

 

Menurut pemerhatian Satria, pada 24 Mac, Kongres AS baru sahaja meluluskan satu lagi pakej bantuan senjata bernilai USD 3.3 bilion kepada Israel.

 

Bukan itu sahaja, kerajaan Israel juga turut mengumumkan akan membina sebanyak 3,500 rumah baharu di Tebing Barat Sungai Jordan serta membatalkan delegasi ke Washington, berhubung pelan percerobohan ke atas Rafah.

 

AS kini menghadapi tekanan yang semakin besar dari dalam dan luar negara, bagaimanapun mereka masih lagi ‘berlembut’ dengan segala kerja gila yang dilakukan Israel.

 

Malah, dapat dilihat bahawa semua dasar AS yang kononnya dilakukan menerusi “sistem demokrasi”, bagaimanapun sebenarnya dipengaruhi oleh dua pihak iaitu orang Yahudi dan kompleks industri ketenteraan.

 

Yahudi telah mengawal sistem kewangan AS menggunakan monopoli USD sebagai matawang antarabangsa dan bertindak merampas harta dari seluruh dunia untuk diberikan kepada AS. Manakala kompleks industri ketenteraan pula bertugas untuk mengawal kedudukan monopoli USD, dengan itu mereka mendapat bahagian besar daripada belanjawan kerajaan AS.

 

Justeru, konflik Israel-Palestin ini jelas memperlihatkan kedua-dua golongan paling berkuasa di AS cuba untuk memenuhi kepentingan masing-masing. Golongan Yahudi di AS pastinya menyokong segala tindakan Israel. Manakala Israel pula ialah sasaran bantuan ketenteraan terbesar AS. Untuk pengetahuan, setiap pakej bantuan ketenteraan yang diberikan kepada Israel akan melibatkan kontrak dan wang yang akan “mengalir laju” kepada kompleks industri ketenteraan.

 

Tidak dinafikan Yahudi banyak mengawal majoriti media massa di dunia, manakala kompleks industri ketenteraan dengan bijak menempatkan kedudukannya di pelbagai negeri yang memainkan peranan penting dalam pilihan raya. Justeru, sokongan AS terhadap Israel tidak akan menghadapi tentangan yang besar, setidak-tidaknya dari dalam negaranya sendiri.

 

Namun sebaliknya berlaku, fakta yang jelas kini rakyatnya sendiri membantah sokongan AS terhadap serangan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan Israel ke atas Palestin. Malah ianya semakin dahsyat sehingga memberi impak kepada kempen pilihan raya. Sehinggakan Joe Biden baru-baru ini terpaksa menyatakan bantahannya terhadap pelan pencerobohan Israel ke atas Rafah dan pelan penempatan baharu bagi orang Yahudi di Tebing Barat Sungai Jordan.

 

Malah kemalangan di Gaza banyak dikongsikan di pelbagai media sosial, terutamanya di platform TikTok yang tidak boleh dikawal oleh Yahudi, sehingga menyaksikan #freepalestin dan #freegaza cukup popular dalam kalangan penggunanya di seluruh dunia. Mungkin inilah punca draf sekatan ke atas TikTok diluluskan pada peringkat Dewan Perwakilan AS.