EV Tanpa Pemandu, Pilihan Mesra Alam dan Selamat
Kerajaan pelbagai tempat di China telah menggubal siri dasar untuk menggalakkan dan menyokong penyelidikan dan ujian kenderaan tenaga baharu (EV) tanpa pemandu pada beberapa tahun kebelakangan ini.
Selaku mod pengangkutan jenis baharu, EV tanpa pemandu selaras dengan permintaan perjalanan yang mesra alam dan selamat. Sifat yang pintar dan mudah dimiliki EV tanpa pemandu membawa lebih banyak pilihan dan pengalaman bagi para pengguna.
EV tanpa pemandu sedang diguna pakai dalam bidang yang lebih meluas secara beransur-ansur, baik kereta penumpang, kenderaan komersial, mahupun pengangkutan awam hingga kereta panggilan, sekali gus terus memperkasakan pembangunan pengangkutan bandar menuju ke arah kecerdasan, rangkaian dan perkongsian.