China Kecam Serangan Bom di Pakistan

2024-03-27 12:11:15  cri
Share with:

Ketika diwawancara wartawan tentang berlakunya serangan bom di Dasu, Pakistan, Jurucakap Kementerian Luar China menyatakan bahawa China mengecam keras tindakan bersifat keganasan itu, dan menyampaikan rasa dukacita terhadap mangsa terbunuh dan rasa simpati terhadap ahli keluarga mangsa.


Menurut jurucakap itu, serangan keganasan yang menyasarkan kenderaan di tapak projek stesen janakuasa hidraulik Dasu Khyber Pakhtunkhwa yang dibina oleh syarikat China, telah mengakibatkan kematian lima orang warga China dan seorang warga Pakistan.


China menuntut Pakistan memulakan siasatan dengan secepat mungkin, berusaha menangkap suspek dan membawa penjenayah yang disabit salah ke muka pengadilan, di samping mengambil langkah yang berkesan untuk melindungi keselamatan warga, agensi dan projek China di negara itu. China sedang bersama dengan Pakistan mempergiatkan kerja susulan berkaitan kes tersebut.


Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shahbaz Sharif telah mendatangi Kedutaan Besar China di negara itu untuk berdukacita dan menyampaikan salam dan takziah kepada ahli keluarga mangsa terbunuh dan kerajaan China di samping mengecam tindakan keganasan itu. Menurut beliau, plot pengganas mahu menjejaskan persahabatan Pakistan-China ditakdir gagal.


Pada hari yang sama, Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari dan beberapa tokoh politik negara itu turut meluahkan kecaman dan berdukacita di atas peristiwa tersebut.