Lawatan Presiden Nauru ke China Buka Lembaran Baharu Hubungan Dua Hala

2024-03-27 15:46:42  CRI
Share with:

Pada sebelah petang Isnin lalu, Presiden China Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Nauru David Adeang yang berada dalam jadual lawatan di China. Xi menyatakan bahawa persahabatan mempunyai masa depan yang cerah, tak kira datangnya awal atau lambat, sedangkan kerjasama berdasarkan sikap ikhlas pasti boleh membuahkan hasil yang melimpah, tak kira skopnya besar atau kecil. 


Presiden Adeang dalam rundingan itu pula menyatakan bahawa pihaknya amat menyanjung pendirian China yang konsisten tentang pemberian layanan yang sama rata kepada setiap negara, baik yang besar mahupun yang kecil. Nauru bersedia mengamalkan prinsip Satu China dan terus memperkasakan kerjasama dengan China.


Prinsip Satu China merupakan batu asas bagi perkembangan hubungan China-Nauru. Presiden Adeang bukan sahaja menyifatkan keputusan negaranya untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan China adalah tepat dari segi sejarah dan menganggap inilah batu tanda penting dalam perkembangan hubungan kedua-dua negara.

Dalam tempoh lawatan Presiden Adeang, Nauru menjadi sebuah lagi negara pemeterai dokumen kerjasama dengan China tentang pembinaan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Menurut pengumuman bersama yang dikeluarkan kedua-dua negara, China bersedia meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan BRI dengan pelaksanaan strategi pembangunan di Nauru, bertindak pantas memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pembinaan infrastruktur, pertanian dan perikanan, penerokaan perlombomgan secara saintifik dan perlindungan alam di samping memberikan bantuan yang semampunya kepada Nauru sepanjang prosesnya memperjuangkan pembangunan yang mandiri dan lestari.


Penganalisis berpendapat bahawa seiring dengan BRI China yang menekankan pembinaan bersama dilaksanakan di Nauru, kedua-dua pihak dapat mencari peluang kerjasama dalam bidang rawatan dan penyahgaraman air laut, tenaga hijau dan pembangunan kitar semula sekali gus menyuntik momentum baharu kepada usaha mengintensifkan hubungan dua hala.