Hamparan Bunga Pic Gamit Hati Pengunjung

2024-03-27 15:32:47  CRI
Share with:

Bunga pic berwarna merah delima yang mekar menghiasi pekan Shangma, daerah Naxi, provinsi Sichuan menjadi daya tarikan istimewa buat pengunjung. 


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan tempatan giat memajukan industri agropelancongan dengan menawarkan pelbagai aktiviti luar bandar seperti menikmati kecantikan bunga-bungaan, merasai sendiri pengalaman memetik buah segar, jamuan rumah ladang, pameran kraftangan dan lain-lain.


Inisiatif berkenaan turut membantu kaum tani menambah pendapatan, sekali gus memacu pembangunan kawasan luar bandar.