Naib Presiden China Hadiri Acara Ikonik Pertama "Melabur di China"

2024-03-27 13:08:15  CRI
Share with:

Naib Presiden China, Han Zheng menghadiri dan menyampaikan ucapan dalam acara ikonik pertama "Melabur di China" di Beijing pada Rabu.

Han Zheng berkata, sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia, China yang mempunyai asas yang baik dan kukuh untuk pembangunan jangka masa panjang tetap enjin terbesar bagi pembangunan global.


“Kami (China) akan terus menggalakkan pembangunan ekonomi domestik yang mantap dan berkongsi hasil pembangunan dengan pelbagai syarikat asing.  


“Potensi pasaran China akan terus dimanfaatkan syarikat pelaburan asing dalam mencipta lebih banyak peluang perniagaan; sistem perindustrian yang semakin sempurna di negara ini dijangka memainkan peranan yang boleh dipercayai untuk memastikan ekonomi dunia beroperasi dalam keadaan yang stabil; dan persekitaran perniagaan yang semakin dioptimumkan pula dilihat sebagai jaminan yang lebih baik bagi syarikat berkaitan pelaburan asing.


“China bersedia untuk terus berkongsi peluang dan berkembang bersama dengan syarikat dari seluruh dunia bagi menggalakkan pembinaan ekonomi dunia yang terbuka.


“Penjenamaan "Melabur di China" bukan sahaja merupakan langkah penting bagi China untuk meningkatkan tahap keterbukaan dan secara inisiatif mengintegrasikan diri ke dalam kitaran antarabangsa, tetapi juga tindakan praktikal untuk mendorong secara aktif globalisasi ekonomi dan menggalakkan kestabilan dan kelancaran rantaian perindustrian dan bekalan global.


“China bersikap tulus ikhlas untuk mengalu-alukan lebih ramai rakan asing dari sektor korporat untuk melabur di China.


“Melabur di China sama dengan melabur untuk masa akan datang,” katanya.


Turut hadir, lebih 140 usahawan dari 17 negara dan wilayah dan wakil persatuan perniagaan asing di China.