Apple Store Terbesar Asia, Paten Huawei dan Lawatan PM Belanda ke China

2024-03-27 15:53:55  CRI
Share with:

Apple Store Terbesar Asia, Paten Huawei dan Lawatan PM Belanda ke China

 

Apple Store terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia yang terletak tidak jauh dari Kuil Jing’an di Shanghai, telah dirasmikan pada minggu ini. Majlis perasmian turut dihadiri CEO Apple, Tim Cook yang peluang bertemu “Apple fans” dan rakan kerjasama penting di China, seperti BYD. Ini merupakan kali ketiga Tim Cook melawat China dalam tempoh setahun.

 

Minggu ini juga, Huawei bersama rakan kerjasamanya mengumumkan satu paten prosedur pengeluaran semikonduktor yang dijangka mampu menghasilkan cip canggih dengan kemudahan sedia ada dalam menghadapi sekatan import mesin litografi. Bukan itu sahaja, telefon 5G terbaharu Huawei, P70 juga dijangka dipasarkan awal bulan depan.

 

Turut mencuri perhatian, lawatan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte ke China sempena Forum Asia Boao. Untuk rekod, ASML yang berasal dari Belanda merupakan syarikat mesin litografi paling utama di dunia. Bagaimanapun, kerajaan Belanda melarang ASML mengeksport mesin itu kepada China yang merupakan pasaran terbesar bagi syarikat tersebut, berikutan arahan dari AS. Bahkan pada awal bulan ini, dilaporkan ASML mengancam untuk memindahkan kilangnya ke negara lain dengan salah satunya puncanya disebabkan oleh “Dasar Imigrasi Belanda”.

 

Amat menarik sebenarnya kalau kita analisis ketiga-tiga berita tersebut.

 

Walaupun sentiasa menggalakkan inovasi secara berdikari dalam mengeluarkan produk yang berkualiti, namun China masih membuka peluang kepada syarikat asing, supaya dapat memenuhi keperluan pengguna di negara ini. Rantaian bekalan global dilihat akan membawa faedah kepada semua pihak. Justeru tindakan memutuskan rantaian ini, dikhuatiri akan membawa kesusahan kepada syarikat dan negara yang terlibat.

 

Sebagai jenama tersohor di dunia, Apple juga menghadapi tekanan yang besar dari kerajaan yang mahu mereka menghentikan rantaian bekalan di China. Didakwa, ada syarikat dari Jepun yang melakukan penelitian ke atas iPhone15 Pro Max dan mendapati komponen dari China hanya tinggal 2% sahaja.

 

Namun jika diteliti pada Vision Pro, produk terbaharu keluaran Apple, 60% pembekalnya adalah dari China. Penaiktarafan rantaian bekalan di China bukanlah untuk merampas kuota syarikat asing, sebaliknya demi kualiti, inovasi dan penaiktarafan global.

 

Bukan hanya dalam rantaian bekalan sahaja, rakan pembekal di China juga amat penting bagi Apple untuk merealisasikan hasrat neutral karbon. Dalam Forum Pembangunan China 2024, Tim Cook menyatakan bahawa Apple bersama rakan-rakan pembekal telah menggunakan 15 GW tenaga boleh diperbaharui dalam proses pengeluaran dengan kebanyakannya dilakukan di China.

 

Dalam rangka lawatan kali ini, Tim Cook berkata beliau suka melawat China kerana penduduknya yang dinamik selain kerajaan yang semakin terbuka.

 

Pengerusi Lembaga ASML, Nils Smedegaard Andersen baru-baru ini menyatakan bahawa eksport ke China berdepan dengan sekatan. Sekiranya Kesatuan Eropah bersatu padu dan boleh duduk semeja, melakukan rundingan bersama AS dan China, situasi pasti akan semakin baik pada masa depan.

 

Mengawal perdagangan antarabangsa yang integrasi bersesuaian dengan kepentingan APPLE, Huawei, ASML, China dan Belanda.