China, India Adakan Rundingan dan Penyelarasan tentang Urusan Sempadan

2024-03-28 13:35:18  cri
Share with:

China dan India telah menghantar perwakilan masing-masing dari pelbagai jabatan seperti diplomatik, pertahanan negara dan imigrasi, menyertai mesyuarat ke-29 di bawah mekanisme rundingan dan penyelarasan tentang urusan sempadan semalam.


Dalam mesyuarat tersebut, kedua-dua pihak bersikap positif terhadap tercapainya kemajuan melalui kawalan situasi di kawasan sempadan, bertukar-tukar pandangan tentang kerjasama seterusnya, bersetuju dengan seawal mungkin mencapai pendekatan yang boleh diterima kedua-dua pihak mengenai masalah yang sedia wujud di kawasan sempadan. 


Selain itu, kedua-dua pihak bersetuju akan mendorong pelaksanaan kawalan rutin di kawasan sempadan, mengekalkan interaksi menerusi saluran diplomatik dan ketenteraan, menambah baik mekanisme rundingan, dan mengadakan perbincangan peringkat komander kumpulan tentera pusingan baharu seawal mungkin. 


China dan India juga bersetuju akan mematuhi perjanjian dan konsensus yang dicapai kedua-dua pihak, mengelakkan situasi tegang dari berlaku secara berulang kali dan terus komited melindungi keamanan serta ketenteraman di kawasan sempadan.