Liu Jianchao Melawat Singapura
Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Liu Jianchao mengetuai satu delegasi membuat lawatan ke Singapura dari 25 hingga 28 Mac.
Semasa lawatan itu, Liu bertemu dan bertukar-tukar pandangan dengan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang juga Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Timbalan Setiausaha Agung PAP, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong, Pengerusi PAP, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi Heng Swee Keat, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar PAP dan Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan.
Kedua-dua pihak komited untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, mengukuhkan pertukaran dan komunikasi antara parti, menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang, bersungguh-sungguh melaksanakan tindakan yang selaras dengan hubungan bilateral yang dilengkapi hala tuju yang baharu, dan menyumbang kepada kemakmuran dan kestabilan serantau.
Selain itu, Liu juga menyampaikan ucapan dalam 'Dialog mengenai China'.