Kenapa Filipina Asyik 'Main Gila‘ dan 'Buat Nakal' di Perairan China Baru-Baru Ini?
Filipina mempergiatkan provokasinya terhadap China di perairan Terumbu Ren'ai sejak Mac tahun ini. Pada 5 Mac, dua kapal pengawal pantai dan dua kapal pengangkutan logistik Filipina menyerbu secara melulu ke perairan berhampiran terumbu Ren'ai untuk menghantar barang kegunaan harian kepada sebuah kapal perang milik negaranya yang sudah uzur yang 'bersarang' di pantai terbabit. Kemudian, dengan sengaja bertindak menyerbu ke satu perahu milik Pengawal Pantai China (CCG) yang sedang bertugas di perairan terbabit sehingga menyebabkan terjadinya pelanggaran yang ringan. Pasukan penguatkuasa CCG turut mengambil tindakan kawalan yang wajar.
Lapan belas hari kemudian, Filipina melanggar komitmen yang pernah dibuatnya dengan sengaja menugaskan sebuah kapal pembekal dan dua kapal pengawal pantai menyerbu masuk perairan Terumbu Ren’ai. Sebenarnya, pihak Filipina sama sekali tidak memfokuskan bekalan barang keperluan harian pada hari itu, sebaliknya bertujuan menghantar bahan binaan untuk membaiki dan mengukuhkan kapal perang yang "bersarang" secara haram di pantai terbabit, malah berniat membina pos yang kekal wujud di pulau dan terumbu yang tidak berpenghuni yang dimiliki China.
Pasukan penguatkuasa CCG sekali lagi mengambil langkah kawalan yang wajar menghancurkan plot Filipina yang bersifat mencabul dan memprovokasi.
Di samping itu, antara berlakunya kedua-dua kali tindakan pencerobohan itu, Filipina juga pernah menghantar satu "pasukan besar" yang terdiri daripada 34 individu mendarat secara melulu di Terumbu Tiexian milik China pada 21 Mac tanpa mengambil kira amaran dan pujukan pihak China. Pasukan penguatkuasa CCG turut dikerah ke lokasi terbabit untuk meninjau, menyiasat dan mengawal situasi, dan turut menggagalkan konspirasi Filipina tersebut.
Pihak Filipina asyik 'main gila' dan 'buat nakal' di Laut China Selatan (LCS) baru-baru ini adalah untuk mereka-reka topik hangat dan memburukkan imej China di arena antarabangsa dengan "memperlihatkan kesengsaraannya", dan selanjutnya mengetengahkan tuntutannya yang haram di LCS serta mengeksploitasi isu LCS dan memberikan alasan kepada Amerika Syarikat (AS) untuk campur tangan dalam hal ehwal serantau. Provokasi tersebut nampaknya konspirasi pihak Filipina, tetapi sebenarnya didalangi AS. Kedua-dua negara tersebut bersubahat untuk menghubungkan kuasa-kuasa di dalam dan luar rantau ini bagi membendung China demi amalan hegemoni AS.
Selain itu, AS, Jepun dan Filipina akan mengadakan sidang kemuncak di Washington pada April, dan isu LCS dijangka menjadi tumpuan sidang tersebut. Satu lagi tujuan Filipina yang asyik 'buat nakal' adalah untuk menyediakan lebih banyak "bahan" untuk menggembar-gemburkan isu LCS dalam sidang kemuncak itu.
Bagi apa yang disebut sebagai “Kes timbang tara berhubung isu LCS” yang diusahakan Filipina pada beberapa tahun lalu pula, ia justeru satu lakonan politik sama sekali. Pertikaian wilayah tidak tersenarai dalam penguatkuasaan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut(UNCLOS). China telah membuat perisytiharan berdasarkan peraturan UNCLOS untuk mengecualikan pertikaian persempadanan maritim daripada prosedur penyelesaian secara mandatori seperti timbang tara pada tahun 2006. Keputusan “Kes timbang tara berhubung isu LCS” yang disebut-sebut pihak Filipina hanya sekeping kertas buangan.