Majlis Perasmian BFA 2024 Diadakan pada Khamis

2024-03-28 15:00:32  CRI
Share with:

Majlis perasmian sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2024 diadakan di Boao, selatan China pagi tadi, menyaksikan pelbagai subforum dan dialog turut dimulakan.


Subforum yang memfokuskan “prospek ekonomi China” akan diadakan pada petang Khamis. Pakar dan sarjana dari dalam dan luar negara akan mengadakan perbincangan mendalam tentang prospek ekonomi China bagi fasa seterusnya, usaha mewujudkan modenisasi ala China, dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa masa hadapan.


Sementara itu, sub-forum yang bertemakan “Inisiatif  Keselamatan Global: Merungkai Masalah Keselamatan, Bersama-sama Mendorong Keamanan Dunia” juga akan diadakan pada hari yang sama.


Pegawai dari Kementerian Luar dan Kementerian Pengurusan Kecemasan akan mengadakan perbincangan dengan para para peserta tentang topik koordinasi antara GSI dengan dasar atau konsep keselamatan dari pelbagai negara, organisasi antarabangsa dan serantau.


Selain itu, dialog usahawan China-Australia, dialog usahawan China-Eropah dan sidang meja bulat pelaburan dan pembiayaan hijau Jalur dan Laluan (BRI) juga akan diadakan hari ini.