Duta Besar Malaysia: Kukuhkan Hubungan Perdagangan dengan China

2024-03-28 11:57:24  CRI
Share with:

Kedudukan Malaysia sebagai pintu masuk pasaran ASEAN, yang merupakan salah satu rantau ekonomi paling pesat berkembang di dunia, berupaya memberi akses kepada China untuk menembusi pasaran yang meliputi lebih 650 juta orang.


Duta Besar Malaysia ke China, Dato’ Norman Muhamad menggalakkan peniaga dan pelabur China untuk meningkatkan kerjasama dengan Malaysia yang mempunyai rangka kerja dasar ekonomi luar yang kukuh dan komprehensif.


Menurutnya, dengan mengukuhkan hubungan perdagangan dengan Malaysia, China akan mendapat peluang untuk mempelbagaikan rakan dagang dan strategi sekaligus membantu mengurangkan ketidaktentuan pasaran global.


Bukan itu sahaja, kerjasama erat kedua-dua negara dalam sektor ekonomi akan membantu China memperdalam penglibatannya dengan negara-negara ASEAN dan mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin serantau.


Untuk rekod, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut selain menjadi salah satu sumber utama Pelaburan Langsung Asing (FDI), manakala Malaysia merupakan rakan dagang kedua terbesar bagi China di rantau ASEAN.