Pengguna Audio-visual Dalam Talian di China 1.074 Bilion

2024-03-28 14:28:51  CRI
Share with:

Pengguna audio-visual dalam talian di China mencapai 1.074 bilion orang pada Disember tahun 2023. Demikian ditunjukkan Laporan Pengajian Perkembangan Audio-visual Dalam Talian China 2024 yang diterbitkan di Chengdu semalam.


Dimaklumkan, lebih 660,000 perusahaan dikesan mempunyai urus niaga audio-visual dalam talian yang merangkumi video panjang dan pendek, penstriman dan rakaman audio, yang bernilai RMB1,1525 trilion (RM754.8 bilion) pada tahun lalu, iaitu buat pertama kali melepasi paras RMB1 trilion (RM655 bilion).


Setakat bulan Disember 2023, terdapat sebanyak 1.55 bilion akaun yang terdaftar dan 15.08 juta orang hos profesional yang aktif di pelbagai platform video pendek di China.


Menurut Naib Ketua Setiausaha Persatuan Audio-visual Dalam Talian China, Zhou Jie, penduduk dari luar bandar banyak menyumbang kepada pertambahan jumlah pengguna audio-visiual dalam talian pada beberapa tahun kebelakangan ini, dengan keseluruhannya mencapai 299 juta orang pada tahun 2022 dan 320 juta pada 2023, masing-masing meningkat 12.6 peratus dan 6.8 peratus tahun ke tahun, jauh lebih tinggi daripada kadar pertambahan di bandar.