CMG Lancar Produk Media Buatan AI

2024-03-28 15:35:09  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) melancarkan beberapa program yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), sempena Forum Asia Boao (BFA) pada Rabu.


Warga media dari 26 negara menyaksikan pelancaran program-program yang penuh imaginasi yang menggambarkan kecemerlangan budaya China pada majlis tersebut. 


AI menjadi topik perbincangan hangat di kalangan peserta forum Boao edisi ini. Oleh itu, pihak penganjur BFA mendirikan beberapa sesi perbincangan mengenai revolusi sains dan teknologi, AIGC, dan tadbir urus global AI, dan menarik perhatian meluas.