18 Geopark Dunia yang Baru Tersenarai PBB, 6 di China

2024-03-28 15:27:26  CRI
Share with:

Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) semalam mengesahkan bertambahnya 18 taman dalam Senarai Geopark Dunia, dengan enam daripadanya terletak di China.


Dimaklumkan, terdapat sebanyak 213 buah Geopark Dunia yang masing-masing terletak di 48 buah negara. Antaranya, China yang mempunyai 47 Geopark Dunia menduduki tangga pertama dalam ranking global.


Menurut satu kenyataan yang disiarkan pada hari yang sama, 18 Geopark Dunia yang baru tersenarai itu melibatkan 17 yang masing-masing terletak di China, Brazil, Croatia, Denmark, Sepanyol, Finland, Perancis, Greece, Hungary, Poland and Portugal, serta satu lagi yang lokasinya merentasi Belgium dan Belanda.


Enam geopark di China yang baru tersenarai sebagai Geopark Dunia merangkumi Geopark Changbaishan, Geopark Lembah Enshi-Tenglongdong, Geopark Linxia, Geopark Longyan, Geopark Wugongshan dan Geopark Xingyi. Penanggungjawab UNESCO bagi Jabatan Ilmu Bumi dan Geopark, Christoph Van Den Berg menyifatkan, China bukan sahaja mempunyai landskap geografi yang pelbagai, tetapi juga mengaitkannya dengan pembangunan setempat.