China Dinantikan Terus Memberikan Sumbangan kepada Ekonomi Dunia: Yasuo Fukuda

2024-03-29 13:28:05  CRI
Share with:



Ekonomi China mempunyai pengaruh yang amat besar kepada ekonomi dunia. Diharap China terus memberikan sumbangan kepada pembangunan mampan ekonomi dunia, di samping membangunkan ekonominya sendiri.


Demikian ujar Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Forum Asia Boao (BFA) yang juga bekas Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda ketika diwawancara eksklusif oleh Kumpulan Media China (CMG) pada Rabu.


Menurut beliau, BFA antara wadah penting bagi orang ramai dari pelbagai negara untuk mengadakan perbincangan tentang pelbagai dasar utama dan isu pembangunan global. 


Beliau memberikan tumpuan kepada topik "kemajuan teknologi" dalam BFA tahun ini, selain memuji usaha China untuk mempercepat pembangunan kuasa produktif kualiti baharu.


"Dunia berubah sepanjang masa, manakala inovasi sains dan teknologi membolehkan kita dapat maju dan berada di barisan depan zaman. 


"Kita menantikan teknologi baharu dapat memberi sumbangan berterusan untuk mempromosikan keamanan dan kestabilan dunia. Ini adalah tanggungjawab kita kepada dunia dan tafsiran konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan," katanya.