Misi Ekspedisi Saintifik Laut Kali Pertama China-Indonesia Dijayakan

2024-03-29 14:16:02  CRI
Share with:

Kapal penyelidikan saintifik China "Tansuo-1" yang membawa kenderaan selam laut dalam bermanusia "Fendouzhe" selamat kembali ke Sanya, selatan China selepas berjaya menyelesaikan misi ekspedisi saintifik bersama China-Indonesia yang pertama kali dijalankan di Java Trench, pada Khamis. 


Kapal Tansuo-1 berlepas dari Sanya pada 8 Feb, dan membawa anggota penyelidik dari 11 institusi penyelidikan kedua-dua negara. Antaranya termasuk Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional Indonesia, Universiti Halu Oleo Indonesia, Universiti Jiao Tong Shanghai, Universiti Laut Tropika Hainan dan lain-lain.


Kenderaan selam laut dalam bermanusia "Fendouzhe" telah berjaya menamatkan 22 misi menyelam di Java Trench, Lautan Hindi, antaranya 14 kali menyelam ke tempat 6,000 meter dalam. 


Sementara itu, misi menyelam ke tempat 7,180.4 meter dalam yang dikendalikan bersama ketua saintis China dan Indonesia sekali gus mencipta rekod penyelaman paling dalam bagi Indonesia.


Ekspedisi saintifik bersama China-Indonesia kali ini dianggap membuka bab baharu bagi kerjasama maritim antara China dan Indonesia.