Tidak Semestinya Wujud Perangkap "Thucydides" yang Disifatkan AS

2024-03-29 16:22:30  CRI
Share with:

Pemimpin negara China dan Amerika Syarikat (AS) telah mencapai kata sepakat yang paling lantang dalam Mesyuarat San Francisco pada tahun lepas bahawa hubungan bilateral seharusnya menjadi stabil dan membaik. 


Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika ditemui perwakilan industri dan perdagangan serta akademi strategik dari AS di Beijing kelmarin. 


Sementara itu, perwakilan AS tersebut menyatakan bahawa tidak semestinya wujud "perangkap Thucydides".


Yang kebetulan, Profesor Graham Allison sebagai Dekan Institut Kerajaan Kennedy dari Universiti Harvard, yang mengemukakan konsep terbabit, merupakan antara perwakilan AS dalam pertemuan dengan Presiden Xi kelmarin. Seawal 2012, Allison pernah memperkenalkan pandangan dan konsep Thucydides, ahli sejarah Greece purba kala berhubung peperangan Peloponnesian, dan mendedahkan kemungkinan berlakunya konflik keras bahkan peperangan antara suatu negara gergasi yang kuat  dengan suatu negara gergasi yang membangun. 

Mengapa perangkap "Thucydides" yang disifatkan perwakilan AS tidak semestinya wujud?


Ini disebabkan kejayaan dicapai China dan AS tidak terlepas dari peluang yang dicipta masing-masing. Hal ini telah dibuktikan oleh fakta dan data berkenaan secara berulang kali. Hakikatnya, hubungan China-AS dalam bidang ekonomi dan perdagangan bersifat sama menang dan saling menguntungkan.


Contohnya, yang berada dalam senarai perwakilan industri dan perdagangan AS yang mengikuti pertemuan dengan Presiden Xi kelmarin berasal dari pelbagai syarikat yang merupakan pihak peserta bahkan pihak untung dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan China-AS, seperti Blackstone, Bloomberg, FedEx dan Qualcomm. Mereka bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan China, tetapi juga merealisasikan perkembangan di China.


Pada sesi pertemuan tersebut, Xi telah memaklumkan situasi semasa tentang pembangunan ekonomi China dan menunjukkan bahawa "ekonomi China adalah sihat dan lestari" dan "mampu menyediakan ruang pembangunan yang lebih luas kepada perusahaan pelbagai negara termasuk AS", di samping mengalu-alukan syariakt AS "terus melabur, berkembang dan menang di China". Kenyataan itu telah menyuntik keyakinan kepada perusahaan AS di China.


Dewasa ini, China giat memupuk kuasa produktif kualiti baharu dalam transformasi dan penaiktarafan industri tradisional, industri baharu muncul dan industri masa hadapan, yang kesemuanya dilihat akan mendatangkan lebih banyak peluang.


Tidak semestinya wujud perangkap "Thucydides", jika kalangan industri dan perdagangan serta akademi strategik AS boleh menyumbang sesuatu kepada pucuk pimpinan Washington untuk membantunya meningkatkan keinsafan yang betul terhadap Beijing.


Ini juga disokong oleh pertukaran dan persahabatan di kalangan rakyat China-AS. China mengumumkan rancangannya pada November tahun lalu untuk mengundang 50,000 belia AS ke China dalam tempoh lima tahun akan datang. Baru-baru ini, satu delegasi pelajar sekolah menengah dari Negeri Washington telah memulakan kunjungan jelajahnya atas undangan di China.


Sempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik AS-China, Profesor Allison telah mengemaskini pandangannya terhadap pendekatan tentang pergaulan antara negara gergasi. Beliau berpendapat, Washington dan Beijing semestinya mengadakan kerjasama, mencari dan menemui pendekatan yang tepat tentang pergaulan antara satu sama lain.