Kapal Muatan Barang Bantuan China kepada Gaza Tiba di Mesir

2024-03-29 15:17:35  CRI
Share with:

Kapal muatan makanan sumbangan China kepada genting Gaza telah tiba di pelabuhan Said, Mesir.


Demikian didedahkan Kedutaan Besar China di Mesir semalam.


Kapal muatan beras seberat 450 tan tersebut, bertolak dari pelabuhan Shanghai tidak lama dahulu, dan tiba di Port Said, Mesir pada 27 Mac waktu tempatan. Kemudian, muatan beras itu akan dipunggah dan dipindahkan ke pihak Palestin secepat mungkin melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir. 


Di samping itu, terdapat 450 tan tepung gandum akan diangkut ke pelabuhan Said pada pertengahan April.   


Kedutaan Besar China di Mesir juga menyatakan bahawa semua bekalan barangan untuk kegunaan kemanusiaan kecemasan yang disediakan oleh kerajaan China sebelum ini telah dihantar masuk ke Gaza.