Budaya Etnik Ewenki yang Mempesona

2024-03-29 14:42:39  CRI
Share with:

Etnik Ewenki, salah satu etnik minoriti di China. Kebanyakan mereka menghuni di wilayah Mongolia Dalam di utara China.


Ewenki bermaksudnya “orang yang tinggal di hutan di kawasan pergunungan”. Ewenki yang jumlahnya hanya 30,000 orang turut dikenali sebagai “pemburu terakhir di China”. 


Sejak 2003, aktiviti memburu dilarang dan etnik Ewenki turut meletakkan senapang untuk melindungi ekologi alam sekitar. Mereka berpindah dari kawasan pergunungan ke kota dan menjalani kehidupan moden.


Pada musim sejuk 2024, pelancongan sukan ais dan salji di bandar Harbin, utara China amat popular. Pada masa sama, kota Zhalantun di provinsi Heilongjiang menjadi tuan rumah Sukan Musim Sejuk Kebangsaan China. Mukim etnik Ewenki Samajie di kota itu langsung menarik kedatangan ramai pelancong. Orang Ewenki memakai pakaian tradisional dan mempersembahkan pertunjukan memburu kepada para pelancong supaya lebih ramai orang boleh mengenali budaya etnik minoriti itu..