Majlis Pentauliahan Jeneral Diadakan CMC China

2024-03-29 14:54:30  cri
Share with:

Majlis pentauliahan jeneral diadakan oleh Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC) China di Beijing semalam, diserikan dengan kehadiran Presiden Xi Jinping.


Terdapat dua pegawai tentera yang dinaik pangkat sebagai jeneral semalam, iaitu Setiausaha Suruhanjaya Hal-ehwal Politik dan Undang-undang CMC, Wang Renhua dan Presiden Universti Pertahanan Nasional di bawah Tentera Pembebasan Rakyat China, Xiao Tianliang.


Setelah menyampaikan surat tauliah dan mengucapkan tahniah kepada dua jeneral baharu tersebut, Xi mengikuti sesi bergambar beramai-ramai.