Liu Jianchao Melawat Malaysia

2024-03-30 15:57:02  CRI
Share with:

Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Liu Jianchao mengetuai satu delegasi membuat lawatan ke Malaysia dari 28 hingga 29 Mac.  


Semasa lawatan itu, Liu bertemu dan bertukar-tukar pandangan dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Malaysia yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Daruk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO yang juga Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang juga Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, serta Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainudin.


Kedua-dua pihak China dan Malysia bersetuju untuk mengambil peluang daripada sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik untuk menggalakkan pertukaran antara parti, bertindak pantas mengintensifkan kerjasama dalam pelbagai bidang, mendorong persefahaman di kalangan rakyat kedua-dua negara, dan bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib China-Malaysia.


Selain itu, Liu juga telah menghadiri Forum Laluan Sutera dan Tamadun Asia 2024.