Kenapa Dakwaan Yellen Diejek-ejek Pengguna Internet AS?

2024-03-30 15:27:51  cri
Share with:

Semasa mengunjungi sebuah kilang bateri fotovoltaik di negeri Georgia, Amerika Syarikat (AS), Setiausaha Perbendaharaan negara itu, Janet L. Yellen menunjukkan, harga dan model pengeluaran global mendapat tempias sedangkan kepentingan sektor korporat dan kalangan buruh AS terjejas akibat wujudnya masalah "kapasiti industri yang berlebihan" dalam sektor sumber tenaga yang boleh diperbaharui di China. Oleh itu, Yellen menguar-uarkan akan mengambil langkah untuk memastikan syarikat dan pekerja AS berasing di pentas yang "adil".


Namun dakwaan Yellen itu segera dihujani ejekan dari kalangan pengguna internet di AS. "Mula-mula mengkritik China tak buat banyak dalam bidang sumber tenaga hijau, tetapi sekarang ini tiba-tiba menegur China buat terlalu banyak. Tak bolehkah diam saja? AS, dan beralih buat kerja yang sewajarnya?" "Menguar-uarkan pasaran bebas ketika mempunyai dominasi dalam persaingan, jika tidak, mereka-reka amalan perlindungan perdagangan. Inilah prinsip AS". Amalan "dwistandard" sesetengah politikus AS terdedah dalam kesemua komen yang telus dan ironik itu.


China sebagai negara kuasa besar di dunia merupakan yang paling awal mengemukakan matlamat "pencapaian kemuncak pelepasan karbon" dan"peneutralan karbon", dan sejak sekian lama menggerakkan modenisasi ala China pacuan pembangunan hijau. 


Eksport China dalam bidang kenderaan elektrik, bateri litium-ion dan bateri sel suria bagi tahun 2023, meningkat 3% berbanding 2022, dengan mencatat RMB 1.06 trilion (RM694 bilion).


Pencapaian ini bukan sahaja memperlihatkan kedinamikan ekonomi China, malah kondusif bagi negara lain dalam melakukan transformasi hijau dan menangani isu perubahan iklim dalam senario global.


Apa yang disebut "kapasiti industri yang berlebihan " dalam dakwaan Yellen merujuk kepada kapasiti suatu industri lebih besar daripada permintaan pasaran. Namun kita manusia sedang menghadapi cabaran iklim yang mendesak, pelbagai negara sedang berusaha menyusun semula struktur penggunaan sumber tenaga, dan masih terdapat jurang besar antara pembekalan dengan permintaan sumber tenaga hijau.


Menurut ramalan dibuat Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), sumber tenaga kitar semula hanya dapat memenuhi 80% keperluan dalam peningkatan pemasangan kuasa elektrik di seluruh dunia menjelang 2030. Menurut data dari sebuah agensi berwibawa di China bahawa pengeluaran dan jualan kenderaan elektrik bateri (BEV) masing-masing 9.587 juta unit dan 9.495 juta unit pada 2023, manakala pengeluaran dan jualan kuasa elektrik dan bateri China masing-masing mencapai 778.1GWh dan 729.7GWh. Kesemua perangkaan tersebut jelas membuktikan bahawa "kapasiti industri berlebihan" tidak berasas sama sekali.


Produk sumber tenaga alternatif buatan China mempunyai daya saing yang kuat yang tidak terlepas dari kecanggihan sains teknologi, kualiti yang tinggi dan rantai perindustrian yang utuh. Sama sekali tidak senonoh, modus operandi AS yang mencoret arang pada muka pesaingnya apabila gagal dalam persaingan.


Dari aspek yang lebih mendalam, Yellen mengeluarkan dakwaan tersebut di negeri Georgia yang 'duduk di pagar' dalam pengundian pilihan raya di mana industri BEV berkembang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Maka, motifnya dipercayai mahu mempelawa sokongan dari sektor berkenaan di negeri itu supaya dapat meraih lebih banyak undi.


"Kerjasama AS-China dalam bidang teknologi sumber tenaga hijau boleh mendorong pengurangan karbon dan memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik antara kedua-dua negara besar ini. Sebaliknya jika bidang ini dianggap sebagai satu lagi meden persaingan, yang akan terjejas itu adalah rantai pembekalan global dan agenda iklim global." Inilah pandangan pakar dari Institut Brookings, dan patut dijadikan rujukan dan cetusan bagi sesetengah politikus AS.