China dan Eropah Adakan Dialog Sosiobudaya

2024-03-30 16:38:21  CRI
Share with:

China dan EU harus bertindak pantas melaksanakan konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua pihak, dan memanfaatkan mekanisme dialog peringkat tinggi dengan sepenuhnya. Selain itu, hendaklah meningkatkan kepelbagaian dalam pertukaran dan kerjasama sosiobudaya, menyempurnakan mekanisme terbabit, memudahkan pertukaran keanggotaan, mendorong pertukaran dan memperincikan kerjasama dalam bidang pendidikan, sains dan teknologi, kebudayaan, media, sukan, serta kaum belia dan wanita supaya dapat menyuntik momentum baharu kepada perkembangan perkongsian strategik komprehensif China-EU.  


Demikian dinyatakan oleh  Ahli Dewan Negara China Shen Yiqin dalam Mesyuarat keenam di bawah Mekanisme Pertukaran dan Dialog Sosiobudaya Peringkat Tinggi China-Kesatuan Eropah (EU) yang diadakan di Beijing pada Jumaat.


Turut hadir, Iliana Ivanova, Pesuruhjaya Eropah bagi Hal-ehwal Inovasi, Penyelidikan, Kebudayaan, Pendidikan dan Belia. 


Beliau menyatakan bahawa EU bersedia berusaha bersama dengan China untuk mendorong pertukaran sosiobudaya dan memacu kerjasama substantif bagi mencapai hasil secara berterusan.