Xi Ucap Tahniah kepada Bassirou atas Terpilihnya sebagai Presiden Senegal

2024-03-30 15:55:58  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus perutusan tahniah kepada Bassirou Diomaye Faye atas terpilihnya sebagai Presiden Senegal pada Khamis.


Xi menyatakan, sejak terjalinnya hubungan diplomatik antara China dan Senegal, kedua-dua negara terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, berjaya membuahkan hasil melimpah dalam kerjasama yang substantif, dan melakukan penyelarasan yang rapat dalam menangani hal ehwal antarabangsa.


“Sebagai negara pengerusi bersama Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC), kedua-dua pihak akan bersama-sama menganjurkan Sidang Kemuncak FOCAC di China pada tahun ini.


“Saya menumpukan kepada perkembangan hubungan China-Senegal dan bersedia bekerjasama dengan Presiden Bassirou Diomaye Fayeh untuk memberi sokongan antara satu sama lain, bersatupadu dan bekerjasama untuk menjayakan sidang kemuncak terbabit, selain menggalakkan hubungan bilateral dan hubungan China-Afrika berkembang terus demi kesejahteraan rakyat kedua-dua belah pihak,” kata Xi.