Biro Politik Pusat PKC Bahas Laporan Pemeriksaan Displin

2024-03-30 16:22:10  CRI
Share with:

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat untuk meneliti dan membahaskan laporan komprehensif mengenai pemeriksaan disiplin pusingan kedua kendalian Suruhanjaya Pemeriksaan Displin Pusat PKC penggal ke-20.


Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Puat PKC, Xi Jinping itu, menunjukkan bahawa pemeriksaan disiplin yang telah dijalankan sebanyak dua pusingan sejak berlangsungnya Kongres Kebangsaan PKC ke-20 meliputi semua perusahaan berkaitan kerajaan pusat. Di sebalik pencapaian yang memberangsangkan, dikesan juga sejumlah masalah yang semestinya diberi perhatian dari segi politik dan ditangani dengan bersungguh-sungguh. 


Perlunya memanfaatkan tindakan pemeriksaan displin untuk menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi dan membantu anggota parti menjaga integriti dan memperbaiki diri, mengenalpasti pihak-pihak yang bertanggungjawab dan jelas menyenaraikan masalah, misi dan tanggungjawab supaya semua kes dan aduan dapat dibalas dan ditangani. Serentak itu, menitikberatkan pemeriksaan terhadap individu utama di samping terus membina mekanisme akauntabiliti untuk membawa mereka yang disabit salah ke muka pengadilan.


Ditekankan juga dalam mesyuarat tersebut bahawa perusahaan milik negara (SOE) adalah dasar kebendaan dan dasar politik bagi suatu negara sosialis seperti China. Hendaklah memperkasa pucuk pimpinan yang diterajui PKC, bersiap siaga mencegah dan menghapuskan sebarang risiko untuk memastikan pembangunan berkualiti tinggi berjalan lancar, dan sama sekali tidak berganjak dari memerangi budaya rasuah.