Masa Depan China Cerah Berkat Pembangunan Inovatif dan Hijau

2024-03-31 15:32:04  CRI
Share with:

“Masa depan saya di sini,” kata Christopher Thomas, penyelidik kanan daripada Institut Brookings ketika menyertai persidangan tahunan Forum Boao untuk Asia (BFA) 2024 baru-baru ini. Beliau yang pernah bermastautin di banyak negara kini tinggal di China. Pada tempoh masa bertahun-tahun yang lalu, beliau amat kagum dengan potensi pembangunan serta persekitaran yang terbuka dan ramah mesra di China.  


Persidangan tahunan BFA 2024 yang berlangsung selama empat hari telah menyaksikan kehadiran hampir 2,000 sarjana dan wakil dari lebih 60 buah negara dan kawasan. Mereka mengadakan perbincangan secara mendalam mengenai tema “Asia dan Dunia: cabaran yang sama dan tanggungjawab yang sama”, dan menyeru bersatupadu, bekerjasama dan bersama-sama menggalakkan pembangunan. Antaranya, peranan positif yang dimainkan China mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak.


Beberapa peserta menunjukkan bahawa ekonomi China bukan sahaja mempunyai daya tahan dan potensi yang kuat, tetapi juga mengandungi potensi pembangunan baharu. Bekas Perdana Menteri Jepun Yukio Hatoyama berkata, “saya menganggap ekonomi China akan terus berkembang dengan amat baik dan turut membawa pengaruh besar kepada dunia.”


Data berkenaan menunjukkan bahawa pelaburan terhadap industri teknologi tinggi China meningkat pada kadar dua digit untuk bertahun-tahun berturut-turut, sehingga jumlah perusahaan teknologi tinggi mencatat kira-kira 400,000. 


Sementara itu, eksport China melonjak dalam bidang kenderaan elektri bateri (BEV), bateri litium dan produk fotovoltaik, ekonomi digital berkembang pesat, dan lebih 50% pengguna Internet mendapat akses ke jaringan 5G.


Selain itu, para peserta BFA 2024 sangat teruja tentang pembangunan hijau yang semakin rancak di China. Tahun ini merupakan tahun pertama yang menyaksikan pelaksanaan projek pilot tentang pelepasan karbon hampir sifar di semua venue BFA, iaitu semua venue dilengkapi bekalan elektrik yang 'hijau' demi matlamat mengadakan persidangan dalam suasana peneutralan karbon.

Pembangunan bersama tidak terlepas dari pelaksanaan dasar pintu terbuka. Baru-baru ini, China melancarkan siri langkah tentang peningkatan tahap keterbukaan antaranya termasuk terus mengurangkan senarai negatif mengenai akses pelaburan asing, membatalkan semua sekatan ke atas sektor pembuatan, dan berdasarkan kriteria untuk syarikat domestik menyeragamkan layanan kepada syarikat asing. Ben Simpfendorfer, rakan kongsi pengurusan Oliver Wyman Consulting Amerika Syarikat berkata bahawa globalisasi ekonomi sedang menghadapi cabaran, manakala Asia sentiasa berusaha untuk memastikan kelancaran aliran barangan dan modal, antaranya China adalah pusatnya. "Bagi perusahaan pelaburan asing, adalah sangat penting untuk bertapak dan berkembang di sini,” katanya.


Dalam Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China yang berakhir tidak lama dahulu, sejumlah pegawai peringkat tinggi konglomerat dunia berturut-turut menyatakan keyakinan mereka tentang prospek pasaran China dan keazaman untuk terus memperincikan urusniaga mereka di China. Liu Minghua, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Deloitte China menganggap bahawa peningkatkan tahap keterbukaan yang konsisten di China, kondusif bagi mencipta masa depan yang cerah baik untuk pertumbuhan ekonomi domestik, mahupun untuk pelaburan asing.  Pertumbuhan ekonomi yang mampan di China telah memberikan pasaran yang besar dan peluang kerjasama yang banyak kepada negara lain, malah memainkan peranan positif dalam menggalakkan pertumbuhan dan kestabilan ekonomi global.