International Web Portal of Beijing Versi Baharu Dilancarkan

2024-03-31 16:04:33  CRI
Share with:

International Web Portal of Beijing versi baharu (https://english.beijing.gov.cn/)   dilancarkan secara rasmi pada 28 Mac.


Laman web yang  memberi tumpuan kepada pembangunan fungsi pusat pertukaran antarabangsa di Beijing ini menawarkan perkhidmatan sehenti secara dalam talian untuk warga asing dan syarikat pelaburan asing yang melibatkan pengumuman maklumat, perkhidmatan awam serta kaunseling dan pertukaran dalam sembilan jenis bahasa, termasuk Inggeris, Korea, Jepun, Jerman, Perancis, Sepanyol, Rusia, Arab, dan Portugis.


Sebagai contoh, jika klik "Events Calendar" di laman web baharu ini, anda akan mendapatkan  maklumat tentang pameran, persembahan, acara sukan, penggunaan, pelancongan, hari perayaan, forum, pelaburan dan tips yang boleh membantu memudahkan hidup di Beijing.


Selain itu, laman web baharu ini menyediakan panduan perkhidmatan sepanjang prosedur kepada syarikat pelaburan asing untuk melabur dan beroperasi di Beijing, selain menawarkan lebih 300 panduan bagi warga asing mendapat perkhidmatan yang melibatkan lebih 50 item termasuk membuat atur janji dan menguruskan pendaftaran penginapan dan permohonan visa secara dalam talian.


Layarilah laman web International Web Portal of Beijing versi baharu untuk mengetahui maklumat terkini tentang bandar Beijing yang indah!