Sekretariat Mekanisme China-Asia Tengah Dirasmikan di Xi'an

2024-03-31 16:15:33  CRI
Share with:

Sekretariat Mekanisme China-Asia Tengah telah dirasmikan di bandar Xi'an, provinsi Shaanxi semalam, diserikan dengan surat tahniah dari Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Kazakhstan, Murat Nurtleu, dari Kyrgyzstan, Jeenbek Kulubayev, dari Tajikistan, Muhridin, dari Turkmenistan, Meredov dan dari Uzbekistan, Saidov.


Wang Yi menunjukkan dalam surat tahniahnya bahawa mekanisme yang ditubuhkan pada empat tahun lalu itu telah menyaksikan perkembangan pesat kerjasama bilateral dan menunjukkan momentum perkembangan yang baik. Pembukaan sekretariat itu menandakan terlaksananya persepakatan antara Presiden Xi Jinping dengan pemimpin dari lima negara Asia Tengah, sekaligus mempamerkan tekad enam negara terbabit kepada masyarakat antarabangsa untuk mengusahakan pembangunan dan menggalakkan kerjasama. Sekretariat berkenaan dipercayai boleh beroperasi dengan lancar dan efisien demi kesejahteraan rakyat di keenam-enam negara ini dan menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib antara satu sama lain.


Menteri Luar dari lima negara Asia Tengah tersebut meluahkan harapan yang sama bahawa mereka menanti-nantikan dan menyokong Sekretariat menyuntik tenaga baharu kepada kerjasama antara Tengah Asia dengan China.