Caoxian Giat Kembangkan Industri Pakaian Hanfu

2024-04-01 13:26:58  CRI
Share with:

Kaunti Caoxian di bandar Heze, provinsi Shandong terkenal dengan industri pengeluaran Hanfu (pakaian tradisional China) yang memperlihatkan perkembangan pesat. 


Antaranya, skirt panjang Mamianqun dilihat paling laris dijual. Dalam tempoh Januari hingga Februari, nilai jualan skirt tradisional itu menerusi platform e-dagang direkod sebanyak 550 juta yuan (RM359.26 juta). 


Pada beberapa tahun kebelakangan ini, Caoxian giat mengembangkan industri berkenaan sehingga membentuk 'kluster industri pembuatan Hanfu rekaan asli' yang mempunyai rantaian perindustrian lengkap membabitkan penyelidikan dan pembangunan (R&D), reka bentuk dan penghasilan, pameran serta pemasaran dalam dan luar talian.