Industri Pakaian Kanak-kanak Berkembang Maju di Huzhou

2024-04-01 11:31:18  cri
Share with:


Terdapat sebanyak 14 ribu syarikat pembuatan pakaian kanak-kanak yang bertapak di pekan Zhili bandar Huzhou di provinsi Zhejiang yang merupakan kawasan pusat bagi Lingkar Ekonomi Delta Sungai Yangtze.



Industri pembuatan pakaian kanak-kanak sudah berkembang menjadi industri tunjang yang pertama bagi pekan tersebut.  


Dilaporkan bahawa jualan pakaian kanak-kanak buatan Zhili mencecah1.5 bilion helai pada 2023, menduduki dua pertiga keseluruhan negara ini, manakala nilai jualannya sepanjang tahun pula mencatat RMB80 bilion (RM52.3 bilion), termasuk 30 bilion (RM19.6 bilion) yang dipungut melalui transaksi dalam talian.