Kapal Udara Kegunaan Awam Selesaikan Penerbangan Percubaan

2024-04-01 14:33:41  CRI
Share with:

Kapal udara kegunaan awam pertama yang dibangunkan China sendiri, iaitu AS700 "Xiangyun" berjaya menyelesaikan penerbangan percubaan pertamanya, di antara dua lapangan terbang di provinsi Hubei, tengah China pada Sabtu lalu.


Kapal udara pembawa manusia itu berlepas dari lapangan terbang Jingmen pada pukul 7.04 pagi, dan selamat mendarat di lapangan terbang Jingzhou melalui penerbangan selama 1 jam 46 minit. 


Ketua jurutera projek pembangunan kapal udara itu, Zhou Lei berkata, seiring dengan peningkatan taraf hidup rakyat negara ini, minat pelancong terhadap persiaran di ruang udara rendah semakin tinggi. 


Oleh itu, kapal udara AS700 “Xiangyun” yang selamat, mesra alam, mudah diakses dan selesa akan memberikan peluang kepada lebih ramai pelancong untuk menikmati keindahan negara ini dari sudut udara.