Kempen Perlindungan Panda Gergasi dan Monyet Berbulu Emas Dilancarkan

2024-04-01 14:38:46  CRI
Share with:

Kempen "mencari asal usul panda gergasi dan monyet berbulu emas Sichuan" dilancarkan di Beijing pada Ahad. 


Kempen tersebut bertujuan untuk menggabungkan tenaga pertubuhan masyarakat dalam sektor perlindungan haiwan, penyelidikan alam, kebudayaan dan kesenian, untuk mencari asal usul kedua-dua spesies bernilai tesebut, di samping membangkitkan kesedaran orang awam untuk memberikan perhatian, menyokong dan menyertai pembinaan sistem ekologi di kawasan perlindungan panda gergasi dan monyet berbulu emas, agar menyumbangkan tenaga kepada pembinaan komuniti bersama Bumi kita. 

Kempen tersebut dianjurkan bersama oleh Institut Penyelidikan Haiwan Akademi Sains China, Muzium Haiwan Negara dan kerajaan tempatan Kaunti Baoxing Sichuan.